Dayuskah Aidil Aziz? Netizen kecam babak romantis Fasha Sandha, Wan Raja

Dayuskah Aidil Aziz? Netizen kecam babak romantis Fasha Sandha, Wan Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Suami yang dayus sahaja membenarkan isteri diperlakukan begitu.”

Itu antara kecaman yang ditinggalkan seorang pengguna Instagram di ruangan komen pelakon, Fasha Sandha selepas memuat naik babak drama baharunya, Malang Si Puteri.

Video di sebalik tabir yang menampilkan pelakon itu dengan aktor, Wan Raja mendapat kecaman segelintir warganet yang kurang senang dan menganggap aksi romantis antara dua pelakon itu keterlaluan.

Meninjau terus ruangan komen yang dibanjiri kecaman, rata-rata warganet turut menimbulkan persoalan tentang pandangan suami Fasha yang juga pelakon, Aidil Aziz tentang video tersebut.

“Kasihan, bila hidup bertuhankan pengarah, sanggup gadai habis bab hukum-hakam agama.” komen seorang pengguna Instagram.

“Boleh ke Fasha macam itu? Rasa bersalah ke bagi lelaki bukan muhrim pegang? Tak dayus ke suami awak,” tambah seorang lagi pengguna.

“Ingatkan dapat menari dengan suami sahaja, dengan orang lain pun dapat menari. Kasihan suami,” komen seorang pengguna Instagram.

Setakat ini, video tersebut mendapat hampir 500 komen dan ribuan tanda suka.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN