Bekas Menteri Kesihatan,  Chua Jui Meng meninggal dunia

Bekas Menteri Kesihatan,  Chua Jui Meng meninggal dunia

MENDIANG CHUA JUI MENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Perkara itu disahkan oleh pasukan media sosial Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah berkhidmat bersama mendiang dalam kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

“Takziah kepada ahli keluarga Datuk Chua Jui Meng. Mendiang pernah berkhidmat bersama-sama dengan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kesihatan dan lebih 30 tahun bersama dalam BN.

“Semoga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Jui Meng yang berasal dari Muar, mula aktif dalam politik bersama MCA pada 1976.

Mendiang pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, meraih kemenangan di Parlimen Bakri dan kerusi itu dimenanginya selama lima penggal berturut-turut sehingga 2004.

Selepas PRU 1995, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk Kabinet baharu dengan melantik mendiang sebagai Menteri Kesihatan dan beliau kekal berkhidmat dalam jawatan tersebut selepas PRU 1999.

Mendiang tidak bertanding pada PRU 2008 sebelum menyertai PKR pada 2009.

Penyertaan ke PKR memberi peluang kepada mendiang untuk bertanding di Parlimen Segamat pada PRU13 namun tewas kepada calon MIC, Tan Sri Dr. S. Subramaniam ketika itu.

Mendiang kekal bersama PKR sehingga ke akhir hayatnya dan pemergiannya turut dirasai oleh Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran yang pernah berkhidmat bersamanya.

“Beliau antara salah satu faktor saya giat aktif dalam PKR seawal 2008 dan saya berkhidmat sebagai setiausaha kerja waktu beliau selaku pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor pada 2012.

“Sumbangan beliau amat besar kepada sektor kesihatan serta politik tanah air,” katanya dalam media sosialnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya