Banjir: Penduduk berpindah kali kedua di PPS - Utusan Malaysia

Banjir: Penduduk berpindah kali kedua di PPS

SEORANG penduduk meredah banjir selepas air Sungai Dungun melimpah di Kampung Pasir Raja, Dungun, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Hujan lebat sejak pagi tadi menyebabkan dua buah kampung di Hulu Dungun dekat sini kembali dilanda banjir petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor berpindah kali kedua ke pusat pemindahan sementara (PPS) kira-kira pukul 3 petang.

“PPS di dua kampung tersebut baru sahaja ditutup dua hari lalu, namun air Sungai Dungun kembali melimpah ke rumah penduduk hingga paras pinggang.

“Kita pindahkan segera penduduk dengan bantuan pasukan penyelamat kerana kita bimbang sekiranya waktu malam, proses pemindahan sukar dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Ghazali berkata, selain dua buah kampung tersebut, Kampung Talong yang sebelum ini dilanda banjir juga kembali terkepung selepas laluan masuk ke kampung itu dinaiki air sejak pukul 10 pagi tadi.

“Ada beberapa penduduk Kampung Talong keluar ke bandar untuk membeli barang keperluan termasuk lilin kerana kawasan tersebut tidak ada elektrik setiap kali banjir.

“Bila mereka pulang ke kampung kira-kira pukul 11 pagi tadi, laluan sudah tidak boleh dilalui menyebabkan mereka terpaksa meredah menggunakan bot. Bagaimanapun, setakat ini penduduk Kampung Talong masih tidak berpindah kerana kediaman mereka belum dinaiki air,” katanya.

Ghazali berkata, penduduk di kawasan berisiko banjir juga dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan berpindah segera sekiranya diarahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya