Banjir gelombang ketiga di Terengganu semakin pulih - Utusan Malaysia

Banjir gelombang ketiga di Terengganu semakin pulih

GURU dan kakitangan sekolah membersihkan kelas selepas dilanda banjir di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 118 orang daripada 34 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 354 orang daripada 98 keluarga pada pukul 4 petang semalam

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, ketika ini terdapat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu dua di Dungun dan satu di Kuala Nerus.

Menurutnya di Dungun, mangsa berkurangan kepada 112 orang daripada 33 keluarga berbanding 348 orang (97 keluarga) sebelum ini.

“Daripada jumlah itu, 93 orang (29 keluarga) berasa di Dewan Masjid Serdang manakala 19 orang (empat keluarga) berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati.

“Di Kuala Nerus, jumlahnya kekal tidak berubah iaitu enam sekeluarga di satu PPS iaitu di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah,” katanya.

Walaupun situasi banjir sudah semakin pulih, kesemua mangsa masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana air di kawasan rumah masih belum suruh sepenuhnya ketika ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air melaporkan tiada lagi sungai di Terengganu yang telah melepasi paras bahaya setakat pagi ini.

Namun, sungai Dungun masih melepasi paras amaran manakala Sungai Nerus di Setiu dan Sungai Tersat di Hulu Terengganu masih melepasi paras berjaga-jaga setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya