Anwar makan tengah hari bersama calon Naib Presiden Indonesia

Anwar makan tengah hari bersama calon Naib Presiden Indonesia

ANWAR Ibrahim makan tengah hari di Jalan Duta hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati makan tengah harinya bersama calon Naib Presiden Indonesia, Mahfud MD.

Anwar yang tiba di Medan Selera Jalan Duta pada pukul 12.40 tengah hari disambut delegasi  Mahfud serta pengunjung untuk menikmati makan tengah hari.

Mahfud sejak semalam menjalankan kempen pilihan raya Naib Presiden dengan pengundi dan warganegara Indonesia di negara ini.

Mahfud turut ditemani oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia serta delegasinya sambil menikmati juadah makanan tempatan iaitu nasi, ikan bakar dan ulam-ulaman.

Turut hadir mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Selesai menikmati juadah makan tengah hari, Anwar dan Mahfud menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan bersama kira-kira 5,000 jemaah sambil mendengar khutbah bertajuk ‘Cegah HIV dan AIDS tanggungjawab bersama’.

Sebelum meninggalkan pekarangan masjid, Anwar sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan jemaah dan kariah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya