Anggota APM bersedekah pada kawan-kawan sebelum pergi

Anggota APM bersedekah pada kawan-kawan sebelum pergi menghadap Ilahi

SITI Bahayah Abdul khalid menunjukan gambar anak sulungnya, Muhammad Shahrul Haiqal Nazrol Douglas akibat terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Lorong Dua, Kampung Baru Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Minta dibungkuskan nasi lemak untuk dijadikan bekalan serta bersedekah kepada kawan-kawan menjadi petanda terakhir seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang pergi menghadap penciptanya. 

Permintaan yang tidak pernah dilakukan sepanjang bertugas selepas menamatkan persekolan awal itu menjadikan tanda tanya kepada ibunya, Siti Bahayah Abdul khalid, 37.

Menurut Siti Bahayah, Muhammad Shahrul Haiqal Nazrol Douglas,18, mula bertugas sebagai anggota APM selepas menamatkan persekolan awal tahun ini. 

Katanya, apabila Shahrul yang juga anak sulung daripada enam adik beradik itu secara tiba-tiba membuat permintaan itu membuatkan tanda tanya pada dirinya dan lahir kebimbangan. 

“Pada petang 1 Oktober itu, saya turutkan permintaannya walaupun tercetus rasa bimbang apatah lagi mengetahui akan pulang agak lewat dari penugasan. 

“Apa yang dibimbangkan menjadi nyata apabila menerima panggilan telefon daripada adiknya bahawa Shahrul sudah tiada akibat terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira pukul 2 pagi 2 Oktober lalu, ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini. 

Siti Bahayah berkata demikian selepas menerima faedah caruman iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kluang di kediamannya di Lorong Dua, Kampung Baru, Kluang hari ini. 

Ujarnya, apa yang menyedihkan adalah walaupun arwah sudah tiada, namun, jasanya pada keluarga akan kekal sepanjang hayat dan manfaat ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk perbelanjaan persekolahan adik-adiknya yang berusia antara tiga hingga 17 tahun. 

Sementara itu, Pengurus Perkeso Kluang, Jainuddin Hamzah berkata, Muhammad Shahrul Haiqal layak menerima faedah caruman selepas mencarum dalam Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) AKTA (789). 

Tambahnya, sebagai Orang Berinsuran (OB), waris (ibu/bapa) layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) sepanjang hayat manakala adik-adiknya sehingga berusia 21 tahun atau ijazah pertama jika melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). 

“OB juga layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 sebagai langkah mengurangkan beban keluarga untuk pengkebumian tempoh hari,”katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya