AMPANG JAYA: Bapa kepada penunggang motosikal, Muhammad Hisyammuddin Ahmad Syakif, 23, yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan, Kampung Lembah Jaya Utara menyifatkan remaja itu sebagai anak yang taat. Ahmad Shakif Mohd, 52, berkata, dia tidak menyangka anaknya pergi dahulu dalam usia yang masih muda. “Saya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak saya kira-kira pukul 4.00 petang oleh rakannya. “Ketika kejadian, Hisyammuddin sedang dalam perjalanan ke rumah rakannya…










