Akaun Facebook palsu Ahmad Samsuri pula wujud  - Utusan Malaysia

Akaun Facebook palsu Ahmad Samsuri pula wujud 

AKAUN Facebook palsu Ahmad Samsuri wujud pada kempen PRK Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang berbaki kurang 24 jam semakin panas apabila dicemari dengan kewujudan akaun Facebook palsu calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Menteri Besar Terengganu itu memaklumkan, akaun Facebook yang menggunakan gambar beliau dengan nama Ahmad Samsuri, bukan akaun miliknya.  

“Untuk makluman, akaun seperti dalam gambar bukanlah akaun saya.

“Akaun saya yang sebenar mempunyai tanda pengesahan biru (blue tick), bernama Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya. 

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri berharap orang ramai terutamanya pengundi Kemaman dan rakyat Terengganu tidak mengikuti laman Facebook palsu tersebut bagi mengelak sebarang salah faham dan maklumat yang tidak benar. 

Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor turut menerima nasib sama apabila turut menjadi mangsa dengan kemunculan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Raja Affandi. 

Selain menjadi mangsa akaun palsu, akaun sebenar bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu yang menggunakan nama Raja Mohamed Affandi turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan beliau terpaksa menggunakan akaun lain dengan nama Raja Mohamed Affandi RMA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya