5,000 topi keledar baharu sedia ditukar pengunjung

5,000 topi keledar baharu sedia ditukar pengunjung

PENGUNJUNG menunjukkan topi keledar baharu yang diperoleh sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menambah 2,000 unit topi keledar lagi untuk diberikan secara percuma kepada pengunjung program Setahun
Bersama Kerajaan Madani yang berakhir hari ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia menjadikan agihan keseluruhan pertukaran topi keledar sebanyak 5,000 unit sepanjang program itu berlangsung.

“Program pertukaran topi keledar ini mendapat sambutan ramai kerana ia adalah percuma. Sebenarnya kita hanya memperuntukkan sebanyak 3,000 unit untuk program tiga hari ini.

“Kelmarin, kita sudah edarkan 1,000 unit, dan hari ini habis 2,000 unit lagi. Atas sambutan dan permintaan orang ramai, kita tambah 2,000 lagi.

“Orang ramai diingatkan mesti bawa topi keledar lama untuk ditukar dengan yang baharu,” katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini semalam.

Jelasnya, antara syarat yang dikenakan bagi melayakkan pertukaran topi keledar mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai MyKad selain membawa topi keledar lama sebagai barang pertukaran.

“Kebanyakan topi keledar yang kita lihat dan terima ini nampak sudah cukup lama dan tidak sesuai untuk kegunaan penunggang-penunggang motosikal dan ini menjejaskan keselamatan mereka,” katanya.

Terdahulu, lebih 1,000 topi keledar baharu licin ditukar pengunjung yang hadir semalam ke reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seawal pukul 7.30 pagi
untuk mendapatkan topi keledar baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN