5 warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

5 warga Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan tanpa kebenaran

SERAMAI lima kru termasuk tekong warga Myanmar ditahan di perairan Pulau Kendi, George Town, Pulau Pinang kelmarin, kerana megendalikan bot nelayan tempatan tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar ditahan kerana megendalikan bot nelayan tempatan tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 37 kilometer barat Daya Pulau Kendi, kelmarin.

”Seramai lima kru termasuk tekong warga Myanmar berumur 23 hingga 43 tahun mengendalikan bot itu.

”Pemeriksaan di lokasi kejadian juga mendapati tekong warga Myanmar gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah manakala empat kru yang lain gagal berbuat demikian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Perikanan Malaysia, dan seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

”Kesemua kru dan bot telah ditahan di Jeti Limbongan Batu Maung bagi siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Maritim Malaysia Pulau Pinang turut merampas tujuh set bubu naga di sekitar 6.6 kilometer tenggara Pulau Rimau, petang semalam.

“Usaha membanteras penggunaan bubu naga di sekitar perairan ini tetap dilaksanakan oleh aset peronda Maritim Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut yang tidak berlesen dan merupakan satu kesalahan di negara ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya