31 mangsa banjir kilat Padang Terap dipindahkan

31 mangsa banjir kilat Padang Terap dipindahkan

ANGGOTA APM Padang Terap membuat pemantauan paras air di Kampung Labi, Mukim Tualak yang dilanda banjir kilat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Seramai 31 mangsa daripada sembilan keluarga di Kampung Labi, Mukim Tualak, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi ekoran rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, PPS tersebut dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak kira-kira pukul 12 tengah malam.

Katanya, kesemua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa dan empat kanak-kanak.

“Hujan lebat yang berpanjangan di daerah ini bermula kira-kira pukul 7 petang semalam menyebabkan kampung berkenaan dinaiki air.

“Operasi memindahkan kesemua mangsa berjalan lancar dengan bantuan agensi penyelamat lain sejak malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Roshidi berkata, pemantauan akan dilakukan oleh anggotanya dari masa ke semasa di kawasan yang dinaiki air di daerah itu.

Sementara itu, banjir kilat turut berlaku di Pekan Napoh dan Lebuhraya Jitra- Changlun dekat Kubang Pasu pada malam tadi, namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, hujan lebat bermula pada pukul 6 petang di beberapa kawasan menyebabkan paras air meningkat.

“Pemantauan menunjukkan trend air semakin menurun dan banjir kilat ini dipercayai berlaku akibat saluran perparitan tersumbat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya