300 penyokong TFC saksi siaran langsung menerusi skrin besar

300 penyokong TFC saksi siaran langsung menerusi skrin besar

IKHWAN Rosli (kanan) bersama isteri dan anak bongsunya ketika tayangan siaran langsung final Piala Malaysia menerusi skrin besar di sebuah hotel di Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 300 penyokong Terengganu FC (TFC) menyaksikan final Piala Malaysia secara siaran langsung menerusi skrin besar di sebuah hotel di sini, malam ini.

Seorang penyokong Terengganu FC (TFC), Fariszuan Azhar, 30, dari Kampung Pengadang Baru, berkata, dia tiba di hotel itu sebagai tanda sokongan dari jauh buat negeri kelahirannya itu pada pukul 6.30 petang lagi.

Menurutnya, ini pengalaman pertama menonton tayangan siaran langsung bola sepak bertempat di sebuah hotel berbanding kebiasaan yang diadakan di tempat terbuka seperti padang atau di dalam stadium.

Walaupun perlu membayar harga ‘tiket’ RM25 untuk sesi tayangan itu, Fariszuan berkata, bayaran itu berbaloi kerana dia mementingkan aspek keselesaan dalam cuaca yang tidak menentu.

“Ketika jualan dibuka kepada penyokong TFC tempoh hari, saya tidak sempat membeli tiket untuk memberi sokongan di SNBJ kerana habis terjual dalam masa beberapa hari saja.

“Namun apabila dimaklumkan TFC ada membuat sesi tayangan skrin besar di sebuah hotel, saya tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana dapat merasai suasana seperti di stadium,” katanya.

Tinjauan di hotel berkenaan mendapati penyokong mula memenuhi ruang dewan utama itu menjelang sepak mula selain turut terdapat pelbagai aktiviti seperti jualan cenderahati dan gerai makanan.

Bagi penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), Ikhwan Rosli, 41, tahun ini merupakan kali pertama dia terlepas peluang menonton aksi final di SNBJ membabitkan skuad Harimau Selatan.

Ikhwan yang berasal dari Kota Tinggi dan menetap di Kampung Batu Rakit turut mengenakan jersi JDT bersama anak bongsu, Arrazie, 6, manakala isteri, Zarina Osman, 41, memaksai jersi TFC.

“Tahun ini tidak dapat hadir ke SNBJ kerana kekangan masa memandangkan anak sulung dan anak kedua bersekolah walaupun kami tidak pernah terlepas peluang jika JDT mara ke final.

“Memandangkan cuaca tidak menentu ketika ini, saya memilih untuk membawa keluarga menonton siaran langsung di hotel dan ramalan saya mungkin JDT tewas 0-1 kerana padang buruk,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.