Israel dakwa 12 individu komuniti bola sepak dibunuh pejuang Palestin - Utusan Malaysia

Israel dakwa 12 individu komuniti bola sepak dibunuh pejuang Palestin

TENTERA Israel membunuh 12 individu dalam konumiti bola sepak di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel menuduh 12 individu dalam arena bola sepak Palestin  termasuk seorang pengadil berdaftar dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang terbunuh semasa perang di Gaza sebagai anggota kumpulan pejuang.

Seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Palestin di Gaza menolak dakwaan yang dibuat oleh tentera Israel itu.

Tentera Israel berkata, ia mendedahkan identiti mereka bagi menangkis apa yang disifatkannya sebagai dakwaan palsu bahawa Israel sengaja menyasarkan anggota komuniti bola sepak di Gaza.

“Pasukan Pertahanan Israel (IDF) kini mendedahkan identiti pemain bola sepak, pengadil dan jurulatih Palestin yang digambarkan sebagai atlet serta orang awam yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya berkhidmat sebagai ‘pengganas’ dalam sayap ketenteraan Hamas dan Jihad Islam,” menurut kenyataan tentera itu.

Menurut tentera Israel, beberapa individu yang dinamakan memegang jawatan komander dalam kumpulan bersenjata berkenaan, manakala yang lain bertindak sebagai anggota operasi tempur.

Antara yang dikenal pasti ialah Mohammed Sami Mohammed Khattab, yang menurut tentera Israel merupakan pengadil penolong antarabangsa berdaftar dengan FIFA.

Tentera Israel turut menyatakan bahawa beberapa badan bola sepak, termasuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sebelum ini telah mengeluarkan ucapan takziah susulan kematian Khattab.

Menurut tentera Israel, sekurang-kurangnya dua daripada 12 individu itu turut terlibat dalam serangan ke atas Israel pada 7 Oktober. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN