Zahid ucap takziah pada keluarga bayi 18 bulan lemas di Kelantan

Zahid ucap takziah pada keluarga bayi 18 bulan lemas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Che Muhammad Faqih Muhamad Faiz iaitu bayi 18 bulan yang meninggal dunia akibat banjir di Kelantan, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah itu berkata, kejadian yang menimpa bayi tersebut amat mendukacitakan.

“Saya amat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan mudah terkesan banjir agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

“Kita bersama doakan agar semua yang terlibat dengan banjir ini dipermudahkan segala urusan dan dielakkan dari kejadian yang tidak diingini berlaku. Amin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Semalam media melaporkan, Che Muhamad Faqih menjadi korban pertama banjir apabila ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam sungai dipercayai ketika bermain di belakang rumahnya di Kampung Kenari Kota Bharu, Kelantan.

Mayat bayi tersebut ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 1.40 tengahari selepas pasukan bomba menerima panggilan berhubungan kejadian mangsa yang hilang di sungai itu pada jam 12.17 tengahari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN