Wanita disyaki jadi keldai akaun sindiket Love Scam babitkan kerugian RM179,250 ditahan - Utusan Malaysia

Wanita disyaki jadi keldai akaun sindiket Love Scam babitkan kerugian RM179,250 ditahan

SUSPEK wanita yang ditahan polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang semalam kerana disyaki menjadi keldai akaun bagi sindiket Love Scam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Seorang wanita ditahan polis semalam kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket Love Scam sehingga menyebabkan kerugian RM179,250 kepada mangsa.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, wanita berusia 33 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya menerusi risikan dan initipan yang dijalankan pihak polis.

“Berdasarkan laporan yang diterima pada September 2014, mangsa telah berkenalan dengan lelaki berasal dari Britain melalui aplikasi TWOO.

“Lelaki tersebut telah meminta mangsa untuk menolong dari segi kewangan kerana ingin membayar wang projek daripada kerajaan Malaysia untuk mendapat projek daripada kerajaan sebanyak RM3 juta,” katanya.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya berkata, mangsa telah membuat beberapa transaksi dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM179,250.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan.

“Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan melalui sosial media,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRMmelalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di aplikasi Google Play Store Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi.

Dalam perkembangan lain, polis Barat Daya menahan dua lelaki di tepi Jalan Lorong Nelayan, Teluk Bahang semalam kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

”Pemeriksaan lanjut telah dibuat dan menemui lebih kurang 3.70 gram disyaki dadah jenis syabu dan ujian saringan air kencing ke atas suspek juga dapati positif dadah.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1)Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya