UPKO tuntut tambah kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak 

UPKO tuntut tambah kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak 

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) akan membangkitkan isu tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia (MA63) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan memulakan tuntutan itu selepas mendapatkan input tambahan dari pelbagai pihak termasuk biro pilihan raya parti.

Selain komposisi kerusi Parlimen, beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkenaan senarai kawasan baharu persempadanan pilihan raya.

“UPKO menyokong supaya komposisi satu pertiga kerusi parlimen diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak. Perkara ini penting bagi memberi keseimbangan politik antara wilayah Borneo dengan Semenanjung.

“Wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) boleh menjadi pengimbang atau menonjolkan politik yang lebih moderate. Sebab itu saya melihat ada kewajaran dan asas yang kuat untuk tuntutan kerusi parlimen satu pertiga.

“Saya percaya parti-parti Sabah dan Sarawak sedang meneliti perkara ini dan kita masih ada ruang untuk membangkitkannya dalam pelbagai platform termasuk media, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan MA63 dan Majlis Khas MATPMA63,” katanya dalam kenyataan.

Beliau terdahulu melancarkan UPKO Bahagian Putatan di Sabah, semalam.

Katanya, bekas Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh kini menerajui semula kepimpinan UPKO Putatan dengan keahlian 2,100 orang.

Pada September 2022, Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dilaporkan memperakui langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Perakuan itu menyaksikan kedua-dua negeri bakal memiliki 78 daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi, Sarawak (24) dan Singapura (15) (sebelum meninggalkan Malaysia) yang mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen ketika itu. Baki 65 peratus atau 104 kerusi milik Tanah Melayu.

Terkini, 166 atau 75 peratus daripada 222 kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi untuk negeri-negeri Borneo iaitu Sarawak (31) dan Sabah (25).

Bagaimanapun, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, usaha mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak adalah langkah kurang bijak.

Ini kerana, katanya, ia akan merumitkan urusan persempadanan di seluruh negara sekaligus menjejaskan kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Katanya, keadaan itu akan menyebabkan jumlah kerusi Parlimen di Semenanjung berkurang jika kerajaan mengekalkan 222 kerusi keseluruhan dan 35 peratus daripadanya milik Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya