Tubuh pasukan khas atasi isu pencemaran ladang babi - Utusan Malaysia

Tubuh pasukan khas atasi isu pencemaran ladang babi

WAN SAIFUL Wan Jan menunjukkan antara hasil tinjauan dilakukan pihaknya berhubung operasi ladang babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa segera menubuhkan ‘task force’ bagi memuktamadkan isu pencemaran berkaitan ladang babi yang menghantui penduduk Kampung Selamat sejak lebih 40 tahun lalu.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pasukan khas yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan itu mampu mengurangkan beban Jabatan Veterinar yang menjadi agensi tunggal dalam mengatasi masalah terbabit.

“Kalau wujudkan pasukan khas, libatkanlah pelbagai agensi lain supaya tidaklah Jabatan Veterinar sahaja yang menangani isu ini.

“Pencemaran di sini amat serius, kerana ia bukan setakat pencemaran bau sahaja, malah melibatkan sungai dan alam sekitar serta mengganggu keselesaan penduduk sekitar.

“Pendapatan nelayan juga terjejas, pengeluaran padi turut terkesan disebabkan pencemaran yang berlaku di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berhubung cadangan pembinaan loji biogas ladang babi di kawasan itu semalam.

Dalam pada itu, beliau berpandangan cadangan pembinaan loji biogas terbabit dikhuatiri akan lebih menimbulkan masalah di kampung terbabit.

Jelas beliau, ia susulan kapasiti loji biogas terbabit yang besar sekali gus lebih banyak sisa buangan babi diperlukan bagi membolehkannya beroperasi.

“Loji biogas ini dapat memproses sisa buangan 100,000 ekor babi sedangkan ternakan di sini hanya ada kira-kira 60,000 ekor babi.

“Kita khuatir sekiranya bahan buangan perlu diimport dari ladang lain dan menjadi ‘petanda’ untuk penternak menambah jumlah ternakan mereka sedangkan penduduk setempat mahu ia dikurangkan,” katanya.

Oktober lalu, media melaporkan kerajaan memandang serius pencemaran yang berpunca dari 64 ladang ternakan yang sehingga kini belum dapat diselesaikan.

Setakat 30 September lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengeluarkan 20 kompaun bernilai RM152,500 kepada pengusaha ladang yang gagal mematuhi Peraturan Pelesenan Penternakan Babi 2020.

Selain itu, sehingga 27 Oktober lalu, sebanyak 58 ladang ternakan berlesen dibenarkan beroperasi di kampung itu, dua ladang dalam proses penutupan dan empat diarahkan ditutup kerana tidak mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya