Tiga beradik hidap paru-paru kronik

Tiga beradik hidap paru-paru kronik

SITI Kalsom Harunarsyid memeriksa mesin nebulizer yang dipasang kepada anak keempatnya, Fitri Akimi yang menghidap paru-paru kronik ketika ditemui di Taman Mesra Ria 1, Jalan Jeniang di Gurun, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Sepasang suami isteri berdepan kesukaran menjaga tiga daripada enam anak mereka yang mengalami penyakit paru-paru kronik kerana tidak mempunyai pendapatan tetap sejak lebih enam tahun lalu.

Lebih menyukarkan, Siti Kalsom Harunarsyid, 36, yang tinggal di rumah sewa di Taman Mesra Ria 1, Jalan Jeniang perlu menjaga ibunya, Rohani Hassan, 61, yang mengalami ketumbuhan dalam otak.

Menurut Siti Kalsom, tiga anaknya, Siti Nur Auni Atilia, 13, Fitri Akimi, 8, dan Fitri Aeril, 6, kerap mengalami asma yang teruk, sering letih sehingga memerlukan penjagaan kesihatan rapi dan tidak cergas seperti kanak-kanak lain.

“Anak sulung kami, Fitri Aemin, 18, anak ketiga, Siti Nur Auni Adira, 10, dan anak bongsu, Siti Nur Auni Aisyah, lima bulan sihat berbanding adik-beradik mereka yang lain. Dahulu, suami saya, Muhamad Khairul Amri, 41, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatannya, kami dapat hidup seperti orang lain.

“Namun, disebabkan kerap bercuti kerana perlu bergilir-gilir bawa anak ke hospital, dia diberhentikan kerja dan sekarang, hanya melakukan kerja kampung tanpa pendapatan tetap.

“Kami sering mengalami masalah kewangan kerana kos perbelanjaan anak mendapatkan rawatan, membeli makanan khas, ubat, lampin pakai buang dan berulang alik ke hospital menyebabkan sewa rumah pula tertunggak selain bayaran utiliti yang tertangguh,” katanya ketika ditemui.

Menurut Siti Kalsom, selain paru-paru kronik, Fitri Aeril turut dikesan menghidap kanser sel yang memerlukannya bergantung kepada susu khas sebagai makanan harian bagi mengelak daripada mengalami kekejangan.

“Kini dia sedang diberikan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan keadaannya amat merunsingkan kami sekeluarga,” katanya.

Jelasnya, walaupun mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 dan Zakat Kedah sebanyak RM600, namun, ia masih tidak mencukupi untuk menanggung kos perubatan semua anaknya berjumlah RM3,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Siti Kalsom di talian 012-5867707 atau menyumbang terus ke akaun Bank Islam miliknya bernombor 02084020588395. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya