Tiada tandatangan SD halang ahli parlimen sokong Anwar - Utusan Malaysia

Tiada tandatangan SD halang ahli parlimen sokong Anwar

SD
WAN Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kepada pemberita dalam sidang akhbar pada PAT Bersatu Kelima 2023 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada ahli parlimen daripada Bersatu menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) bagi mengelakkan mereka daripada mengkhianati parti dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, sebarang akuan bersumpah, aku janji atau ikrar didakwa dilakukan oleh wakil rakyat parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum menyertai pilihan raya yang membolehkan mereka diambil tindakan daripada lembaga disiplin parti.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tiada arahan menandatangani SD dibuat dalam mana-mana pertemuan dengan kepemimpinan parti sebelum ini.

“Tiada tanda tangan SD, isu angkat sumpah sudah buat sebelum jadi calon. Ya saya angkat sumpah berikrar memang ada, semua calon DUN dan Parlimen menang atau kalah memang angkat sumpah.

“Bila ada wakil rakyat melanggari apa yang diikrarkan, tindakan disiplin boleh dibuat dengan mudah seperti mana dikenakan kepada Labuan dan Kuala Kangsar. Soon kepada dua lagi sedang masih lagi dalam proses perbicaraan,” katanya dalam sidang akhbar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Kelima 2023, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu dikatakan menandatangani satu SD bagi mengikat wakil rakyat parti itu supaya kekal setia serta tidak mengambil langkah bertentangan dengan perlembagaan parti.

SD berkenaan didakwa ditandatangani sewaktu pemukiman yang diadakan minggu lalu, bagaimanapun tidak dijelaskan lokasinya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang memberitahu, beliau akan berbincang dengan kepemimpinan parti untuk menghantar peringatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas Parlimen dikatakan menjadi tempat pertemuan pihak tertentu untuk ‘mengintai’ ahli parlimen.

“Kita sudah buat laporan polis, susah juga untuk kita minta speaker masuk campur sebab susah untuk menghalang orang datang masuk untuk berjumpa dengan ahli-ahli parlimen. Kadang-kadang pertemuan itu bermula di Parlimen dan berakhir di hotel. Jadi, Parlimen bukan tempat be all and all untuk semua ini, berlaku di luar juga.

“Boleh, cadangan yang baik kita boleh beri peringatan kepada speaker. Insya-Allah. Saya akan bincang dengan Ketua Whip parti (Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya