Terengganu bersedia hadapi banjir luar jangka - Utusan Malaysia

Terengganu bersedia hadapi banjir luar jangka

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) bertanyakan khabar kepada mangsa banjir semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu membuat persediaan rapi menghadapi kemungkinan banjir luar jangka susulan keadaan cuaca tidak menentu pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang mula melanda negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, persediaan tersebut dilakukan untuk memastikan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan bekalan makanan serta kemudahan lain dapat disalurkan dengan segera sekiranya berlaku banjir tersebut.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam membantu menyelamatkan mangsa dan menyalurkan bantuan tersebut adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan semua agensi yang terbabit.

Malah, katanya, agensi-agensi terlibat juga telah melakukan persediaan yang sewajarnya daripada segi latihan, simulasi, bekalan dan sebagainya.

“Saya rasa pengurusan memang terbaik cuma kita perlu memastikan daripada segi bekalan itu sebab bekalan memang sudah dihantar lebih awal tetapi kita mahu bekalan-bekalan terutama bahan makanan itu dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

“Sebab kita pun tak tahu berapa lama lagi tempoh banjir walaupun mungkin daripada segi ramalan sampai 22 hari bulan (tetapi) 23 hari bulan itu diberi satu hari lagi kerana kemungkinan tekanan rendah di Selat Melaka menyebabkan mungkin akan ada hujan pada 23 hari bulan tetapi kita berharap ia tak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini hari ini.

Seramai 170 mangsa banjir daripada 52 keluarga berpindah di PPS itu selepas rumah mereka dilanda banjir gelombang pertama di negeri ini sejak semalam.

Ahmad Samsuri memberitahu, pihaknya ada menyediakan pelan kontingensi  sekiranya ada PPS yang penuh atau dinaik air akibat banjir.

Katanya, pihaknya juga sentiasa berhubung dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  bagi mengetahui keadaan cuaca negara terutamanya di Terengganu.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.