Tekun biaya hampir RM1 bilion kepada usahawan mikro bagi 2023 - Utusan Malaysia

Tekun biaya hampir RM1 bilion kepada usahawan mikro bagi 2023

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM922.6 juta atau 42,383 pembiayaan telah diluluskan oleh Tekun dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM467.2 juta adalah pembiayaan pertama kali kepada seramai 26,481 usahawan setakat 31 Oktober 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan Tekun kepada usahawan adalah RM8.98 bilion sejak penubuhannya pada 1998.

Katanya, ia hasil daripada pelaksanaan beberapa-skim pembiayaan baharu bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan menceburi bidang perniagaan.

“Antaranya Skim Pembiayaan Online Tekun kepada 779 orang usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM5.9 juta; Skim Pembiayaan Usahawan Tamu kepada 581 orang usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM2.6 juta.

“Ia juga melibatkan Skim Pembiayaan Usahawan Kraf kepada 11 usahawan orang melibatkan pembiayaan berjumlah RM296,000 dan Program Tekun Mobilepreneur kepada 731 usahawan orang melibatkan pembiayaan berjumlah RM6 juta,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, katanya, Tekun juga menyertai pameran atau program usahawan yang diadakan oleh kementerian dan agensinya seperti Showcase Satu Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan mempromosikan skim-skim pembiayaan Tekun melalui laman sesawang dan media sosial rasmi.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tekun untuk mencapai lebih ramai usahawan-usahawan baru yang ingin menceburi bidang perniagaan terutama industri kecil dan sederhana (IKS).

Tambahnya, Tekun juga telah menawarkan Skim Pembiayaan Tekun Niaga yang menyediakan kemudahan modal kecil perniagaan dengan nilai pembiayaan di antara RM1,000 hingga RM100,000 kepada semua usahawan mikro termasuk juga kepada bakal usahawan.

Dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM330 juta diperuntukkan bagi Skim Pembiayaan Tekun Nasional yang turut merangkumi Skim Pembiayaan Tekun Niaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya