Solidariti Palestin: Tiada isu penjawat awam langgar peraturan

Minggu Solidariti Palestin: Tiada isu penjawat awam langgar peraturan

ADNAN Mat bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Program Jualan Agro Madani @ CUEPACS Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyelar sikap segelintir ahli politik yang mahu penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib susulan penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang didakwa tidak mengikut garis panduan.

Presidennya, Datuk Adnan berkata, pihaknya tidak melihat wujud sebarang isu kerana garis panduan mengadakan aktiviti itu telah dimaklumkan kepada kementerian berkaitan dan dibenarkan.

Kata beliau, mereka tidak seharusnya melihat cara berpakaian, persembahan, perarakan atau laungan sebagai ancaman kepada negara sebaliknya ia adalah tanda  rakyat Malaysia bersolidariti dengan Palestin.

“CUEPACS tidak lihat ada apa-apa isu walaupun sebahagian ahli politik agak tidak selesa atau mengeluarkan kenyataan yang sinis kepada penjawat awam untuk diambil tindakan. Kami sebagai penjawat awam bersama-sama dengan dasar kerajaan dan tiada masalah apabila menjalankan minggu solidariti di sekolah

“Jadi tidak ada isu kami melanggar atau membuat sesuatu tindakan perhimpunan di luar kawalan sebaliknya ia adalah dalam bentuk yang dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Program Jualan Agro Madani @ CUEPACS Negeri Melaka di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang menerima bantahan pelbagai pihak termasuk ahli politik.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adnan berkata, CUEPACS mahu kerajaan mempertimbangkan kenaikan tahunan khas sebelum sistem persaraan dimuktamadkan.

Menurutnya, CUEPACS keliru dengan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 lalu.

“CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi insentif berkenaan tetapi kami keliru kerana bayaran lain seperti bonus, bantuan awal persekolahan dan perayaan langsung tidak disentuh. Kenaikan gaji juga sangat lambat kerana kajian hanya akan disiapkan pada tahun hadapan dan kami menikmati kenaikan itu pada 2025.

“Justeru, saya mohon ehsan Perdana Menteri supaya mempertimbangkan sedikit kenaikan gaji sementara menunggu kajian sistem saraan siap. Kenaikan gaji tahunan khas sebanyak RM100 sudah memadai sebagai tanda awal bagaimana sistem saraan ini akan dimuktamadkan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya