Solat hujung waktu - Utusan Malaysia

Solat hujung waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, bagaimana apabila kita sedang solat di hujung waktu tiba-tiba kedengaran azan, adakah perlu teruskan solat tadi dan apakah hukumnya?

Nirza
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum solat sedemikian rupa sekiranya dia sempat mendapat satu rakaat penuh dan yang bakinya di luar waktu maka solatnya menjadi tunai tetapi hukumnya berdosa kerana di luar waktu.

Simpan patung beruang di rumah

Soalan
Apakah hukumnya menyimpan patung-patung macam teddy bear di rumah? Betulkah haram dan malaikat tak masuk rumah yang ada patung sebegitu?

Khalisa Dzul
Pahang

Jawapan
Hukum menyimpan teddy bear yang besar patut dielakkan untuk mengelak daripada pandangan yang mengharamkan. Sekiranya patung untuk permainan kanak-kanak atau dijadikan bantal ia tidak terlarang.

Suka-suka tilik nasib

Soalan
Apakah hukumnya menilik nasib sekadar untuk suka-suka bukan mempercayainya?

Man Kilau
Perak

Jawapan
Hukum menilik nasib adalah terlarang kerana ia meramal masa depan yang tidak ada fakta, walaupun untuk tujuan suka- suka. Hanya Allah Maha mengetahui apa yang ada dan berlaku pada masa depan.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN