Pembinaan empangan Ulu Padas, Kaiduan atasi masalah air

(SIDANG DUN SABAH) Pembinaan empangan Ulu Padas, Kaiduan mampu atasi masalah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembinaan empangan hidro elektrik di Ulu Padas Tenom dan Kaiduan, Papar dilihat mampu menampung keperluan bekalan air di sekitar pusat bandar raya dan pedalaman bawah Sabah bagi tempoh 100 tahun akan datang.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, kedua-dua projek itu bagaimanapun masih dalam proses kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata, sekiranya kedua-dua projek itu dapat direalisasikan, ia dapat menampung keperluan bekalan air di bahagian utara, tengah dan selatan Kota Kinabalu termasuklah pedalaman bawah iaitu dari Kimanis, Bongawan, Membakut, Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang dan kawasan perindustrian Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT).

“Itu antara inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu bekalan air di Sabah.

“Selain itu, kerajaan sedang melaksanakan penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon, Papar bagi meningkatkan pengeluaran bekalan air daripada 40 juta liter sehari (JLH kepada 80 JLH.

“Loji yang dijadualkan siap pada Ogos 2026 itu dijangka akan menyelesaikan isu bekalan air di kawasan selatan Kota Kinabalu seperti Putatan, Kinarut dan Papar. Di samping itu, projek Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II daripada 80 JLH kepada 160 JLH.

“Projek ini sedang dalam tempoh pengujian dan pentauliahan untuk komponen dalam loji rawatan air,” katanya semasa sesi jawapan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Gagasan Rakyat-Nabawan) yang bertanya mengenai strategi dan pelan tindakan yang berkesan dalam kerajaan menyelesaikan masalah prasarana dan infrastruktur keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah.

Menurut Abidin, loji rawatan air baharu yang dijangka siap pada Disember 2024 itu mampu mengeluarkan 10 JLH dan ia mampu menangani masalah bekalan air di kawasan-kawasan kritikal seperti di Bandar Sierra, Sepanggar; Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP); dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekitarnya.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) juga telah diperuntukkan dengan RM300.25 juta sebagai tindakan penyelesaian jangka pendek merangkumi 20 projek keutamaan untuk mengurangkan non revenue water (NRW) daripada 59.57 peratus kepada 53 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Projek-projek tersebut meliputi skop dan komponen kerja penggantian pam-pam air dan alat jana kuasa di loji-loji rawatan air, naik taraf kapasiti bagi muka sauk dan loji rawatan air, mitigasi perubahan iklim dan operasi pembasmian sambungan haram di beberapa daerah, antaranya Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Beaufort, Tawau dan Sandakan.

Katanya, kerajaan negeri komited memberi keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas yang mencukupi kepada rakyat tidak kira di kawasan bandar atau luar bandar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya