Sidang DUN: Baucar Jom Shopping naik RM200 - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Baucar Jom Shopping naik RM200

Baucar Jom Shopping
V. Papparaidu menjawab pertanyaan berhubung bantuan Program Jom Shopping pada Sidang DUN Selangor dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Ke-15 Tahun 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri meningkatkan nilai bantuan baucar beli-belah dari RM100 kepada RM200 dengan menambah baik syarat pendapatan penerima iaitu had isi rumah penerima ditingkatkan dari RM2,000 kepada RM3,000.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu berkata, peningkatan nilai baucar tersebut adalah disebabkan kenaikan kos makanan kebelakangan ini.

“Seramai 82,400 kuota penerima kekal mendapat manfaat daripada peningkatan baucar daripada RM100 kepada RM200. Ia akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM16.48 juta untuk kesemua penerima,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Dr. Quah Perng Fei (PH) berhubung cadangan untuk menambah perayaan Krismas ke dalam Program Jom Shopping.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab soalan tambahan Perng Fei sekiranya kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk memberikan baucar tersebut kepada rakyat sempena sambutan Hari Krismas pada Disember hadapan.

“Setakat ini, pemberian baucar hanya dilaksanakan kepada tiga perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

“Kita digariskan hanya tiga perayaan utama setakat ini (diberikan baucar Jom Shopping). Sekiranya ada permintaan atau cadangan daripada dari dewan yang mulia ini, mungkin kita akan pertimbang melalui mesyuarat jawatankuasa negeri (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau MMKN) dan bakal kemukakan (cadangan itu) untuk dapatkan kebenaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya