Saya doakan Najib diberi kesembuhan - Muhyiddin

Saya doakan Najib diberi kesembuhan – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ucapan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada seteru politiknya, Datuk Seri Najib Razak supaya diberi kesembuhan daripada Covid-19, seolah-olah memberi gambaran mereka sedang ‘berhubung baik’ antara kedua-dua pemimpin itu.

Kedua-dua bekas pemimpin nombor satu negara itu seperti mahu membuka lembaran baharu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada wujud usaha kerjasama baharu atau sebaliknya kelak.

Dalam hantaran terbaharu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, Muhyiddin mendoakan kesihatan Najib yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif wabak itu.

“Saya dimaklumkan bahawa Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif Covid-19.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Datuk Seri Najib Razak dan dipermudahkan urusan rawatan beliau,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

NAJIB TUN RAZAK

Sebelum ini, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas beliau mengadu demam.

Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 pada era kepimpinan Najib.

Muhyiddin mendakwa pemecatan beliau itu ekoran kelantangannya mempersoalkan mengenai 1Malaysia Deevelopment Malaysia (1MDB).

Bagaimanapun, Najib menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan pemecatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kerana beliau berkomplot bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014, sebelum 1MDB menjadi isu.

Muhyiddin kemudiannya dipecat dari UMNO pada Mei 2016 sebab melanggar disiplin parti setelah hadir acara bersama pembangkang pada Mac 2016.

Pada 23 Ogos 2022, Najib yang pernah menjadi rakan sebelum bertukar menjadi lawan Muhyiddin, dikenakan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International.

Beliau masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya