Bersatu gesa kerajaan mansuh SST untuk kurangkan beban rakyat

Bersatu gesa kerajaan mansuh SST untuk kurangkan beban rakyat

MUHYIDDIN YASSIN (kiri) menemui ahli Bersatu Pagoh ketika hadir merasmikan merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh, di Dewan Kampung Jayor di Pagoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pagoh mengusulkan agar kerajaan menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usul itu antara perkara utama yang dibangkitkan dalam persidangan selain isu pendidikan dan mahu penjelasan kerajaan mengenai perjanjian Laut Sulawesi.

“Saya telah mendengar usul-usul yang dibahas dan memberikan pandangan. Semua diterima sebulat suara, termasuk cadangan supaya SST dihapuskan kerana ia membebankan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan berkenaan di Dewan Serbaguna Kampung Jayor hari ini.

Berkuatkuasa 1 Julai, skop cukai perkhidmatan diperluaskan meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Muhyiddin yang juga Ketua Bersatu Bahagian Pagoh turut mengingatkan bahawa usaha memperkukuh perpaduan Melayu menerusi konsep ‘payung besar’ tidak wajar ditakuti masyarakat bukan Melayu.

“Orang bukan Melayu jangan takut. Kalau orang Melayu bersatu, negara akan lebih maju seperti dahulu. Namun kerajaan sekarang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela Melayu dan Bumiputera. Ini perkara besar yang perlu diberikan perhatian,” ujarnya.

Pada Jun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Sekretariat Orang Melayu sebagai usaha mengembalikan kuasa politik Melayu di bawah satu ‘payung besar’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN