PM dijangka rasmikan Global Muslim Business Forum (GMBF)

PM dijangka rasmikan Global Muslim Business Forum (GMBF) di Kuching esok

BCKK yang menjadi lokasi penganjuran GMBF di Kuching esok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seramai 559 orang anggota polis terdiri daripada 70 pegawai kanan dan 489 pegawai rendah polis dipertanggungjawabkan dan bersiapsiaga bagi memastikan program Global Muslim Business Forum (GMBF) edisi kedua yang akan diadakan di sini berjalan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata sebanyak 48 negara dari benua Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asia, Afrika dan Oceania akan hadir pada forum berkenaan.

“Daripada jumlah penglibatan negara tersebut, seramai 718 orang peserta terdiri daripada moderator dan penceramah, yang mana objektif penganjurannya adalah untuk menggalakkan dilog dan wacana mengenai ekonomi Islam global disamping meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian.

“Justeru itu, tetamu kehormat pada forum tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Selain itu, wakil Presiden Repulik Indonesia, Prof. Dr. Ma’ruf Amin; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri-menteri, Duta-duta dari dalam dan luar negara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan keselamatan forum tersebut berjalan dengan lancar PDRM Kontinjen Sarawak telah mengatur gerak kerja petugas di lapangan.

“Ia melibatkan semu elemen pdrm dengan menumpukan aspek penugasan merangkumi kawalan keselamatan ke atas VVIP dan orang ramai; kawalan lalu lintas dan pelan tindakan ke atas perkara-perkara di luar jangkaan.

“Pdrm Sarawak juga menggesa agar masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan program ini herlangsung dengan lancar dan selamat,” tambahnya.

Untuk pengetahuan Global Muslim Business Forum (GMBF) edisi kedua akan diadakan mulai 28 sehingga 30 November ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), dengan kepercayaan Sarawak diberikan kepda Sarawak untuk menganjurkan edisi kali ini.

Penganjuran forum tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan perniagaan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan perniagaan dan perkongsian dengan lebih kukuh di seluruh dunia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya