Pilih calon Ahli Parlimen beri tumpuan kepada penduduk - Utusan Malaysia

Pilih calon Ahli Parlimen beri tumpuan kepada penduduk

RAJA Mohamed Affandi (kanan) beramah mesra bersama pengundi selepas menyantuni penduduk di Felda Kerteh 5, dekat sini, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengundi di Parlimen Kemaman perlu memilih seorang ahli Parlimen yang boleh memberi tumpuan penuh kepada penduduk, supaya kebajikan rakyat dan pembangunan kawasan itu dapat dijaga sepenuhnya.

Pengerusi Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya seorang ahli parlimen tersebut mempunyai banyak jawatan dan tanggungjawab, sudah pastinya tumpuan penuh tidak dapat diberikan kepada penduduk di parlimen itu. 

“Orang Kemaman memerlukan khidmat pemimpin yang full time, yang sepenuh masa, samada di parlimen dan juga kepada rakyat.

“Kalau sambil-sambil (tidak sepenuhnya), tak boleh, kita memerlukan orang yang boleh fokus kepada satu jawatan, yang tak perlu berkejar ke Parlimen, dan berkejar menyelesaikan pelbagai masalah rakyat di negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni penduduk bersama calon Barisan Nasional (BN) di Felda Kerteh 5, dekat sini, hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata, Raja Mohamed Affandi mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk menang dalam PRK itu menewaskan lawannya sekiranya rakyat faham tugas ahli parlimen. 

“Kita tak mahu orang yang memberi alasan sekiranya mereka tidak hadir di Parlimen kerana tugas-tugas lain yang tak sepatutnya berlaku, jadi inilah perkara penting yang kita rasa boleh memberi kelebihan kepada calon kita,” katanya. 

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi untuk bertanding di kerusi itu, sebaliknya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat.b

“Ketika ini Alhamdulillah hidup saya selesa, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi untuk menjadi ahli parlimen. Saya hanya mahu berkhidmat untuk rakyat di mana tempat saya membesar dan bersekolah,” katanya. 

Pada PRK Parlimen Kemaman yang berlangsung 2 Disember ini, Raja Mohamed Affan akan bertembung  Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya