KEMAMAN: Pengundi di Parlimen Kemaman perlu memilih seorang ahli Parlimen yang boleh memberi tumpuan penuh kepada penduduk supaya kebajikan rakyat dan pembangunan kawasan itu dapat dijaga sepenuhnya. Pengerusi Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya seorang ahli parlimen tersebut mempunyai banyak jawatan dan tanggungjawab, sudah pastinya tumpuan penuh tidak dapat diberikan kepada penduduk di parlimen itu. “Orang Kemaman memerlukan khidmat pemimpin yang full time, sama…










