Perlu ke sampai ke tahap memfitnah? - Utusan Malaysia

Perlu ke sampai ke tahap memfitnah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Michael Ang menasihatkan kepada netizen agar tidak menyebarkan fitnah dengan menggunakan isu Palestin untuk menyebarkan kebencian dan perpecahan.

Michael, dalam perkongsian di Instagram menyifatkan tindakan tersebut tidak berbeza dengan pelakuan orang-orang yang sesat.

“Merujuk kepada persekitaran media sosial hari ini, saya rasa saya kena berhenti percaya perkongsian orang. Satu nasihat kepada mereka di luar sana, tahu anda semua setia dan taat dalam menegakkan Palestin tetapi apa yang anda buat cuma nak menimbulkan kebencian sesama manusia dengan benda dan cerita fitnah.

“Contoh anda ambil video lama dan cakap kejadian hari ini seperti negara Arab kena banjir dan ribut petir semua yang tengah viral.

“Motif anda hanya satu, nak tunjuk orang yang tak berpihak pada Palestin akan dihukum oleh Allah. Perlu ke sampai ke tahap memfitnah dan reka cerita dan takut-takutkan orang.

“Sama dengan isu boikot makanan segera, engkau orang pergi ambil gambar dan video dan aibkan dia orang dekat media sosial. Cara anda semua ini membuatkan anda macam orang sesat,” tulisnya.

Michael sebelum ini menyatakan pendiriannya tidak menyokong Israel dan tidak menyokong peperangan serta keganasan.

Dalam perkembangan sama, perkongsian pengarah kontroversi itu mencetuskan rasa kurang senang kebanyakan netizen yang berbeza pandangan dengannya.

Bagaimanapun wujud sekumpulan netizen yang bersetuju dan sependapat dengan pengarah drama My Coffee Prince itu.

“Rasanya bab sebarkan video lama tak dinafikan memang betul. Hakikatnya bukan pasal Palestin sahaja, pasal kiamat pun ya. Akhirnya semua nak buat kerja Tuhan. Ramal itu, ramal ini.

“Nak tentok video boleh tapi jangan terlalu percaya. Jika nak sebarkan, semak dahulu kesahihan cerita itu, kalau tak pasti jangan kongsi,” tulis seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya