LRT Kelana Jaya tergendala susulan penumpang jatuh

LRT Kelana Jaya tergendala susulan penumpang jatuh

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan sementara susulan kejadian melibatkan seorang penumpang di Stesen Abdullah Hukum, petang tadi.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.09 petang apabila seorang penumpang dilaporkan terjatuh di kawasan landasan stesen berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah keselamatan, bekalan kuasa di stesen tersebut telah dinyahaktifkan bagi membolehkan pasukan penyelamat termasuk polis, bomba dan ambulans menjalankan operasi menyelamat.

“Susulan kejadian tersebut, perkhidmatan tren di antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum dihentikan buat sementara waktu,” katanya dalam kenyataan.

Rapid Rail berkata, perkhidmatan tren alternatif termasuk bas perantara percuma telah diaktifkan bagi membantu pergerakan penumpang sepanjang gangguan tersebut.

“Pengguna yang memerlukan bantuan dinasihatkan mendapatkan khidmat Pegawai Stesen serta Polis Bantuan di lokasi berkenaan.

“Sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi platform media sosial Rapid KL serta pengumuman di stesen,” katanya.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian tersebut.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian ini serta kelewatan perjalanan yang berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN