Perkeso: Skim Keilatan diperluas untuk pekerja asing

Perkeso: Skim Keilatan diperluas untuk pekerja asing

V. Sivakumar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam usaha memuktamadkan Skim Keilatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meliputi semua pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, S. Sivakumar berkata, langkah itu dilaksana bagi meningkatkan tahap jaringan perlindungan sosial kepada pekerja asing.

“Mereka ini ternyata menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang perlu dilindungi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Makan Tengah Hari Perkeso di Hotel Continental, Kuala Lumpur.

Katanya, kadar yang perlu dicarum majikan melalui Skim Keilatan melibatkan pekerja asing juga meningkat dari 1.25 peratus kepada 1.75 peratus.

“Sebelum ini, majikan yang menggunakan pekerja asing hanya perlu mencarum kepada pekerja dengan kadar caruman sebanyak 1.25 peratus.

“Dengan Skim Keilatan, majikan perlu mencarum kepada pekerja asing sebanyak 1.75 peratus dan pekerja wajib mencarum sebanyak 0.5 peratus, sama seperti warga tempatan,” katanya.

Berdasarkan statistik, seramai 1.78 juta pekerja asing aktif dilindungi menerusi Skim Bencana Kerja Pekerja Asing Perkeso setakat 1 Oktober lalu.

“Sehingga kini, sebanyak 37,328 insiden kemalangan membabitkan pekerja asing dilaporkan.

Perkeso juga melunaskan bayaran manfaat keselamatan sosial kepada orang berinsurans dan waris menjangkau RM76.57 juta. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya