Perdana Menteri arah jangan tangguh lagi projek Kg. Sungai Baru 

Perdana Menteri arah jangan tangguh lagi projek Kampung Sungai Baru 

JOHARI Abdul Ghani menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Parlimen Titiwangsa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru di sini, tidak ditangguh lagi selepas tertangguh sejak enam tahun lalu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya dimaklumkan perkara itu pada bulan lalu menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“PMO sebelum ini sudah memberi penangguhan hingga 31 Oktober 2023. Sekarang Oktober sudah habis, masuk November dan tiada lagi penangguhan. Pemaju kena selesaikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beliau bersetuju bahawa tidak ada lagi lanjutan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Parlimen Titiwangsa hari ini.

Johari antara jurucakap paling lantang dalam mempertahan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru.

Pada Februari lalu, penduduk Kampung Sungai Baru menyerahkan memorandum supaya kerajaan membatalkan penangguhan projek pembangunan kawasan itu seperti diumumkan Perdana Menteri.

Majoriti penduduk mahu pembangunan semula kawasan itu yang tertangguh sejak enam tahun lalu diteruskan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru.

Proses pengambilan tanah telah bermula sejak 2016.

Sesetengah penduduk terutama penghuni rumah teres tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya