Penutupan laluan susur Semantan menghala KL ditangguh

Penutupan laluan susur Semantan menghala KL ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan penutupan jalan susur Sementan menghala ke Kuala Lumpur yang dijadual ditutup bermula Sabtu ini.

Perkara itu dimaklumkan DBKL dalam satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

“Kerja-kerja pembinaan fasa kedua jalan raya bertingkat di jalan susur Semantan menghala ke Kuala Lumpur yang akan ditutup sepenuhnya bermula Sabtu ini sehingga 31 Disember depan ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.

DBKL sebelum ini memaklumkan, jalan susur dari Semantan menghala ke Kuala Lumpur ditutup sepenuhnya selama 36 hari.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL di talian 03-2617 9000 (waktu pejabat), untuk sebarang pertanyaan mengenai jalan terbabit.

Selain itu, WCT Berhad di talian 017-880 7090 (Braba) atau Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (SPRINT) di talian 03-7434 7333. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN