Pengusaha hotel tiada pilihan, terpaksa naikkan sewa hotel - Utusan Malaysia

Pengusaha hotel tiada pilihan, terpaksa naikkan sewa hotel

KENAIKAN harga sewaan hotel itu adalah perlu bagi menampung segala kos pengoperasian sesebuah hotel akibat SST. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dua peratus tahun depan memaksa industri perhotelan menaik­kan harga jualan bagi menanggung kos operasi yang semakin bertambah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persa­tuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MYBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, ia perlu bagi menampung segala kos pengoperasian.

“Dua peratus nampak macam sedikit, tapi sebenarnya banyak. Bila SST meningkat, semua kos se­perti pengangkutan dan makanan automatik akan meningkat, jadi kita terpaksa pindahkan beban kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bercadang menaik­kan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus menerusi Perluasan Asas Fiskal di bawah Komitmen Reformasi Fiskal.

Sehubungan itu Sri Ganesh menggesa kerajaan membuka mata dan telinga mendengar keluhan peng­usaha hotel supaya menaik­kan nilai ambang cukai perkhidmatan untuk industri perhotelan kepada RM1.5 juta.

Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M. Saaid pula berkata, kenaikan SST menjadikan harga sewaan lebih mahal, menjadikan kehadi­ran pelanggan mungkin berkurang.

“Dengan keadaan ekonomi semasa, industri perhotelan akan terkesan menjadikan ramai pelanggan akan berfikir sebelum menempah hotel,” katanya.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Christina Toh berkata, harga bilik hotel mungkin meningkat sebanyak 30 peratus tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya