Penduduk Mukim Cheka mohon kemudahan ambulans

Penduduk Mukim Cheka mohon kemudahan ambulans

KLINIK Kesihatan Mela yang memberikan perkhidmatan rawatan dan perubatan tanpa ambulans ketika menghantar pesakit kes kecemasan ke Hospital Lipis di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kira-kira 3,000 penduduk Mukim Cheka Satu dan Cheka Dua memohon kerajaan menyediakan sebuah ambulans di Klinik Kesihatan Mela di sini untuk kemudahan membawa pesakit mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Lipis.

Kata mereka, sudah hampir tujuh tahun mereka menunggu kemudahan itu sebuah ambulans jenis Iveco ditamatkan perkhidmatannya berikutan usia kenderaan itu sudah terlalu lama dan kerap rosak.

Berikutan ketiadaan kemudahan itu, pesakit berdepan masalah kerana terpaksa menunggu ambulans dari Hospital Lipis yang tiba hampir sejam ke klinik terbabit atau rumah pesakit untuk membawa bagi rawatan kecemasan di hospital tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk Kampung Mela yang cuma mahu dikenali sebagai Pak Cu, 43, berkata, dia terpaksa menggunakan kereta sendiri ketika menghantar arwah ibunya yang terkena penyakit strok dua tahun lalu untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Lipis.

“Bagi keluarga pesakit yang tidak mempunyai kenderaan, mereka terpaksa menunggu hampir sejam sebelum ketibaan ambulans dari Hospital Lipis malah pernah ada yang tidak sempat menerima rawatan meninggal dunia di klinik tersebut.

“Kami akur ajal dan maut atas kekuasaan Allah SWT, tetapi sekiranya ada ambulans di klinik ini sekurang-kurangnya pesakit boleh menerima rawatan segera dan mungkin dapat diselamatkan,” katanya di sini.

Bagi seorang penduduk, Mohamad Hairi, 46, berkata, banyak kes kecemasan perlu segera dirujuk di Hospital Lipis yang mempunyai kelengkapan peralatan rawatan dan doktor pakar, tetapi kerana ketiadaan ambulans di Klinik

Kesihatan Mela menyebabkan mangsa bertambah teruk walaupun diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan di situ.

“Malah ketika berdepan kecemasan dan perlukan rawatan segera ada penduduk yang turut membantu klinik kesihatan tersebut meminjamkan kenderaan pacuan empat roda untuk segera menghantar pesakit yang kritikal ke Hospital Lipis,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rahanaini Mansor, 62, berkata, permohonan sebuah ambulans menerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Mela kerap kali dibuat tetapi tidak ada maklum balas dari pihak berwajib.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN