PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara disyor segera membuat permohonan semakan hukuman mati ke atas Sirul Azhar Umar untuk memudahkan proses ekstradisi atau membawa pulang bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dari Australia. Peguam, Haniff Khatri Abdulla berpandangan, langkah itu penting bagi membolehkan Sirul Azhar dibawa pulang seberapa segera ke tanah air kerana Malaysia kini berdepan kesukaran proses ekstradisi kerana negara berkenaan tidak mengiktiraf hukuman mati. Menurut beliau, walaupun permohonan…










