PDRM tingkat penugasan sempadan negara menerusi pembinaan FOB - Utusan Malaysia

PDRM tingkat penugasan sempadan negara menerusi pembinaan FOB

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai perancangan bagi meningkatkan penugasan di kawasan sempadan negara menerusi pembinaan pangkalan operasi hadapan atau forward operation base (FOB).

Bagi pelaksanaan itu, PDRM telah mengenal pasti beberapa FOB yang akan diwujudkan di beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pelaksanaan tersebut juga akan melibatkan pemilikan pesawat jenis short take off landing (STOL) dan juga helikopter.

“Bagi konteks Perlis, saya juga sudah meminta Ketua Polis Perlis yang baharu untuk mengenalpasti kawasan mana yang sesuai untuk STOL ini.

“Malah penugasan berkenaan juga akan meliputi kawasan pemantauan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bagi kawasan Utara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, hari ini.

Hazani berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai perancangan KDNKA bagi mengatasi kegiatan jenayah rentas sempadan di negara ini.

Dalam pada itu, Hazani berkata, pelaksanaan itu juga akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada penggunaan teknologi dron pada ketika ini.

“Kertas cadangan bagi pelaksanaan ini akan dibawa ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

“Dalam masa yang sama, kekuatan sumber manusia akan terus dipertingkatkan walaupun kita mempunyai aset seperti dron sebagai respons pantas dalam membanteras jenayah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya