PDRM kumpul maklumat berkaitan ejen Mossad, sabotaj ekonomi - Utusan Malaysia

PDRM kumpul maklumat berkaitan ejen Mossad, sabotaj ekonomi

RAZARUDDIN HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumpul maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini ekoran kelantangan Malaysia berkaitan isu Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata, pihak polis melalui risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara tersebut. 

“Ia termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau espionage (ejen pengintipan). Sekiranya kita mempunyai maklumat tersebut, kita akan tangkap.

“Bagaimanapun untuk PDRM, sememangnya keselamatan dan ketenteraman di bawah Seksyen 3 iaitu mengumpul maklumat perisikan sememangnya tugas kita yang tidak akan abaikan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu Razarudin berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung kemungkinan terdapat kegiatan radikal membabitkan rakyat Malaysia untuk ke kawasan peperangan di Gaza, Palestin.

“Saya mengingkatkan rakyat Malaysia untuk tidak pergi ke sana.

“Sekiranya ada permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai polis pengaman, kita akan hantar. Bagaimanapun buat masa ini, di peringkat kita (PDRM) tidak perlu lagi kerana situasi sana masih berperang,” katanya. 

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan kesahihan pihak menguruskan sumbangan bagi solidariti rakyat Palestin.

Katanya, ini bagi mengelak orang awam daripada menjadi mangsa penipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN