PARLIMEN: PAC kecewa laporan siasatan tukaran tanah Mindef tidak dinyahklasifikasi

PARLIMEN: PAC kecewa laporan siasatan tukaran tanah Mindef tidak dinyahklasifikasi

MAS Ermieyati dalam sidang media di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendakwa kerajaan cuba melengah-lengahkan untuk menyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek tukaran tanah di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau amat dukacita dengan surat jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada 22 September lalu.

“Beliau memaklumkan, maklum balas daripada agensi-agensi berkaitan hendaklah diperoleh sebelum suatu keputusan dibuat.

“Sama ada laporan ini mempunyai kewajaran untuk dinyahklasifikasi atau tidak. Hasil maklum balas itu akan dimaklumkan kepada saya kelak.

“Menteri dilihat seperti kerajaan cuba melengah-lengahkan penyahklasifikasi laporan ini menyebabkan PAC tidak dapat menjalankan prosiding berhubung isu ini,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Berhubung prosiding Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia, Human Resources Development Corporation (HRD Corp), katanya, PAC telah memanggil Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar bagi memberi penjelasan.

“Empat lagi saksi lain hadir memberi keterangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya