PARLIMEN: Kementerian Pertahanan perlu bentang laporan LCS kepada PAC

PARLIMEN: Kementerian Pertahanan perlu bentang laporan LCS kepada PAC

Laporan PAC mendedahkan berlaku kelewatan selama 86 hari bagi projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS)  perlu dibentangkan Kementerian Pertahanan setiap tiga bulan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sehingga projek itu disiapkan.

Menerusi laporan yang dipaparkan di laman sesawang rasmi PAC, ia merupakan antara syor penambahbaikan PAC terhadap Laporan Kemajuan Projek Pembangunan LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Di Bawah Kementerian Pertahanan Malaysia Bagi Tempoh Jun Hingga September 2023.

“Kementerian Pertahanan perlu membentangkan laporan kemajuan kepada PAC mengikut piawaian pengurusan projek antarabangsa dan tidak terhad kepada fizikal dan kewangan.

“Kementerian itu juga perlu memastikan kontraktor pembinaan menyiapkan rekaan terperinci sepenuhnya termasuk mendapat kelulusan daripada Naval Group sebelum Ogos 2024 seperti yang terkandung dalam Perjanjian Tambahan Keenam (SA6),” katanya.

Dalam laporan itu lagi, katanya, pembayaran yang perlu dibuat kepada pengilang peralatan asal (OEM) dan pihak yang sepatutnya hendaklah bertepatan dengan yang digariskan dalam SA6 supaya kelewatan pembinaan dapat dielakkan.

“Kementerian Pertahanan dan TLDM perlu memastikan sebarang penggunaan dana digunakan secara berhemah dengan mengutamakan keperluan untuk menyiapkan LCS serta tidak membazir.

“Kementerian Kewangan pula perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan tiada pembaziran wang rakyat dalam projek pembinaan LCS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya