Polis minta bantuan kesan remaja hilang

Polis minta bantuan kesan remaja hilang

Nursayyida Nafisah Khairul Fadzli,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit pada 6.21 petang semalam.

Katanya, remaja yang dikenali sebagai Nursayyida Nafisah Khairul Fadzli, 15, itu dipercayai hilang sejak pukul 7 malam pada 15 Jun lalu.

“Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma.

“Mangsa berketinggian kira-kira 163 sentimeter (cm) dan berat sekitar 55 kilogram (kg),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika kali terakhir dilihat, mangsa memakai baju-T sekolah berwarna hitam dan merah, seluar hitam serta tudung hitam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja terbabit supaya tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Mohd. Zamri Mohd Nor di talian 010-2848761,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN