Terkejut Poklip bila mendengar khabar yang satu ini. Bukan apa, jika diamati pelakon seorang ini, dia memang baik dan penuh kesantunan. Pijak semut pun tak mati ya. Cakap lemah lembut, ayu sahaja bunyi.
Namun di sebalik kelembutan itu, dia menyimpan semangat singa dalam dirinya. Rupa-rupanya dia ini baran juga dan tanpa segan silu, boleh sahaja maki sesiapa depan muka termasuk ahli keluarganya sendiri!
Hendak dijadikan cerita, dia dikatakan memarahi ibu mentuanya berhubung isu harta yang berjumlah ratusan ribu ringgit. Kerana tidak berpuas hati, dia tanpa fikir sesaat mengeluarkan kata makian terhadap orang tuanya.
Dakwa sumber, pelakon yang popular juga sebagai pengacara itu ada berbincang dengan keluarga mentuanya berhubung dana yang bakal digunakan bagi membantu pemasaran produk keluarannya.
Entah macam mana, si mentua tidak bersetuju dengan pelan si polan itu maka bermulalah sesi berbalas tegas. Tetapi, mentuanya itu cuma menasihatkan supaya tidak berlaku pembaziran.
Namun perangai palatau (serba serbi tahu) si pelakon itu membuatkan diskusi itu jadi panas. Lantas, berlakulah perang mulut. Cuma si pelakon itu melebih-lebih sehingga mengeluarkan kata kesat.
Akhirnya, si mentua mengalah sahaja dan membiarkan menantu hantunya itu menggunakan dana tersebut untuk memasarkan produk yang sehingga kini, tidak nampak batang hidungnya dalam pasaran.
Poklip pada mulanya tidak percaya dengan dakwaan tersebut, Sebab pengacara itu memang menunjukkan sifat berbudi bahasa kepada umum. Namun, jangan kita mudah percaya dengan semua itu.
Manusia ini penuh kepura-puraan. Depan kita manisnya tidak tercapai akal, tetapi di belakang kita pahitnya menghitamkan hati. Takutlah dengan orang sebegitu, pandainya berpua-pura ya!