NGO sebagai rakan strategik bantu agenda pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat

NGO sebagai rakan strategik bantu agenda pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Nancy Shukri, hari ini telah merasmikan Program Jalinan KASIH KPWKM bersama NGO bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC).

Program Jalinan KASIH KPWKM Bersama NGO ini diadakan sebagai platform bagi memastikan hala tuju dan agenda pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat di peringkat nasional adalah selari dengan matlamat dan
tindakan di peringkat NGO.

Menurut kenyataan KPWKM, Program itui merupakan antara inisiatif KPWKM dalam menyediakan ruang dan peluang kepada NGO untuk menyuarakan pandangan dan cadangan selain memantapkan fungsi NGO sebagai mata dan telinga Kementerian. Secara tidak langsung, program ini juga dapat meluaskan jalinan kerjasama antara KPWKM dan NGO serta dalam kalangan NGO sendiri bagi menggalak kerjasama strategik yang lebih harmoni.

Antara inisiatif yang menggalak kerjasama NGO adalah menerusi peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) iaitu bantuan kewangan Kerajaan yang diagihkan kepada NGO bagi menjalankan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Bantuan kewangan BKP ini diagihkan bagi menggalak penyertaan dan penglibatan NGO dalam program khidmat kebajikan selain bertindak sebagai rakan kongsi Kementerian dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar Kementerian.

Sejak Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) ini diperkenalkan pada tahun 2001 sehingga ke tahun 2023, sebanyak RM96 juta telah disalurkan kepada 2,672 NGO dengan pelaksanaan sebanyak 6,697 program yang melibatkan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dengan penyertaan hampir satu juta peserta di seluruh negara. Kementerian sedar peranan NGO sebagai perantara antara

Kerajaan dan kumpulan sasar adalah penting supaya manfaat daripada program-program tersebut akan dapat dirasai sehingga di peringkat akar umbi.

Selain itu, NGO juga dilibatkan dalam pelbagai sesi dan sumbang saran (brainstorming) yang dianjurkan oleh Kerajaan bagi mendapatkan idea dan pandangan tentang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan kesejahteraan rakyat dan negara.

Pada majlis ini juga, satu direktori yang mengandungi maklumat berkaitan NGO yang menawarkan perkhidmatan berkaitan kumpulan sasar KPWKM juga dilancarkan bagi memudahkan rujukan dibuat oleh kumpulan sasar Kementerian yang memerlukan bantuan NGO.

Hadir pada majlis ini ialah  Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya