KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberikan kerjasama semasa disoal siasat pihak polis berhubung lima transaksi cek berjumlah RM22.6 juta berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Asisten Komisioner Foo Wei Min berkata, Najib ketika disoal hanya memberitahu akan menjawab persoalan tersebut di mahkamah. Tambahnya, soal siasat itu dijalankan…