Najib positif Covid-19

Najib positif Covid-19

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan positif jangkitan Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 

Pegawai Khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi dalam satu kenyataan memaklumkan, Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kelmarin selepas beliau mengadu demam. 

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Mukhlis mewakili keluarga Najib mengucapkan terima kasih kepada pihak penjara khasnya Penjara Kajang dan Hospital Kuala Lumpur di atas tindakan pantas memberi rawatan.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas penyalahgunaan lebih RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya