KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepala Batas nampaknya tidak gentar dengan pemimpin DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa Pengerusinya, Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng. Dr. Siti Mastura Muhammad juga memberi gambaran tiada penjelasan dan bukti perlu diberikan kepada DAP sama ada dakwaannya itu benar atau sebaliknya. Beliau juga mengelak daripada menjawab soalan wartawan yang menunggu di luar ruang ahli Parlimen bagi mendapatkan respons selepas…










