MOT sedia semak hukuman denda kesalahan memandu bawah umur

MOT sedia semak hukuman denda kesalahan memandu bawah umur

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk menyemak semula hukuman denda bagi kesalahan memandu bawah umur kerana ketika ini, ia disifatkan terlalu ringan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum penambahbaikan akta tersebut dibuat.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang sedia ada, jumlah maksimum denda yang boleh dikenakan adalah sehingga RM2,000.

“Mengikut undang-undang semasa dan dibenarkan, itu adalah maksimum yang boleh kita denda.

“Tetapi sudah tentu kami akan melakukan semakan semula dari semasa ke semasa terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sinaran Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman denda yang diperuntukkan mengikut Seksyen 26(1) APJ yang disifatkan terlalu ringan.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman denda minimum RM300 hingga RM2,000 atau penjara hingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahad lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya terbabit kemalangan yang menyebabkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Nabil Zikry bin Nasuha Nasua, 23, dan Sabrina, 20 an malah, kedua-dua mangsa difahamkan bakal bertunang pada 17 Disember depan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta yang dipandu remaja tempatan terbabit dari arah pulau menuju ke Perai disyaki telah melanggar belakang sebuah lori sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya