DARI perspektif Islam, perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Islam sangat menitikberatkan kepentingan nasab keturunan. Perkahwinan merupakan ikatan bagi menentukan dan menjaga nasab keturunan manusia. Daripada perkahwinan, terbentuknya keluarga dan seterusnya masyarakat bernegara. Keluarga yang bahagia dan bertakwa menjadi tujuan utama dalam Islam. Untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni dan madani, ia perlu dibentuk daripada keluarga bahagia dan bertakwa. Firman Allah SWT bermaksud, “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.”…










